Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kerajaan belum bercadang menubuhkan premis tetap bagi jualan rahmah kerana inisiatif itu masih bergantung kepada subsidi kerajaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan belum lagi bercadang menubuhkan premis tetap bagi jualan rahmah kerana inisiatif itu masih bergantung kepada subsidi kerajaan dalam usaha membantu rakyat berdepan dengan tekanan kos sehari hidup.
00:12Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sehari Hidup KPDN, Senator Dato' Fuziah Saleh menjelaskan,
00:17pembukaan premis kekal boleh menyebabkan kerajaan terpaksa menyalurkan subsidi secara berterusan setiap hari, sesuatu yang sukar dilaksanakan.
00:25Sebab model-model yang terdahulu tidak menunjukkan keberhasilan yang baik, jadi kita masih menggaji model bagaimana kalau kita nak laksanakan orang kata kedai yang begitu.
00:40Kalau di luar negara ada kedai-kedai yang model begitu macam fair price dan sebagainya, tapi kalau kita nak sekarang ini kita berpandukan kepada subsidi daripada kerajaan,
00:51jadi agak susah kalau setiap hari ada subsidi daripada kerajaan itu yang agak sukar, namun kita masih melihat kepada model-model yang boleh dijayakan.
01:02Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai cadangan mewujudkan premis jualan rahmah kekal,
01:08selepas penganjuran program jualan rahmah medani PJRM Mega Hari Malaysia peringkat Pahang di pantai Sepat Kuantan pada Sabtu.
01:17Sejak 2023, sebanyak 15,308 jualan rahmah telah dilaksanakan di seluruh negara dengan 9,600 daripadanya melibatkan jualan rahmah bergerak.
01:29Kerajaan turut memperluaskan peruntukan dengan memastikan setiap 600 kawasan dun berpeluang mengadakan jualan rahmah bergerak sebanyak 3 kali setiap bulan.

Recommended