00:00Persatuan ICT Sarawak, SICTA digesa memainkan peranan lebih besar membantu Sarawak mencapai aspirasi strategi pembangunan pasca COVID-19 PCDS 2030
00:11untuk menjadi sebuah wilayah maju dan berpendapatan tinggi.
00:14Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Uga Kumbung berkata, peranan SICTA kini semakin penting khususnya dalam memperluas infrastruktur digital.
00:23Beliau berkata, SICTA juga membantu aspek pembangunan modal insan dengan mempertingkat kemahiran belia serta tenaga kerja dalam bidang seperti teknologi kecederasan buatan AI dan keselamatan saiber.
00:38Uja Wilson, kementeriannya komited bekerjasama dengan pemain industri seperti SICTA bagi membangunkan bakat digital, memperluas inklusi digital ke kawasan luar bandar dan terpencil
00:49serta membina ekosistem inovasi tempatan berdaya saing di peringkat global.
00:55Beliau menyeru untuk bersama-sama memastikan Sarawak bukan sahaja menjadi sebahagian daripada transformasi digital Malaysia
01:01tapi juga peneraju dalam mempamirkan bagaimana bandar pintar berpusatkan rakyat dan dikuasakan AI boleh dibina.
01:08Wilson berkata, sejak lebih dua dekad lalu, SICTA berkembang menjadi suara kuat yang mewakili lebih 350 firma ahli
01:16dengan lebih 3,000 pekerja di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu sekaligus memberi sumbangan besar kepada komuniti serta masyarakat Sarawak.