00:00Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan berniat jahat yang menyalah tafsirkan sokongan politik dan usaha kemanusiaan sekian lama untuk rakyat Palestine.
00:20Kementerian Luar dalam kenyataan pada ahad malam berkata Malaysia konsisten dalam memperjuangkan keamanan, keadilan serta menghormati piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu dan undang-undang antarabangsa serta kewujudan bersama secara aman dalam kalangan dan antara negara.
00:40Menurutnya, prinsip-prinsip asas ini telah menjadi tunjang dasar luar Malaysia sejak kemerdekaannya.
00:48Selaras dengan prinsip-prinsip ini, Malaysia telah menentang sekeras-kerasnya penjajahan pendudukan asing pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan serta dasar apatai.
01:04Malaysia akan terus bekerjasama secara konstruktif dengan komuniti antarabangsa ke arah keamanan dan keadilan serta bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestine dan akhirnya untuk penubuhan sebuah negara Palestine yang merdeka.
01:21Lagi mengenai berita mengenai pengiktirafan Palestine sebagai negara Palestine selepas ini dalam Buletin Awani di Ruangan Antarabangsa.
01:34Terima kasih telah menonton!