Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Sektor penerbangan negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila lapan syarikat penerbangan baharu memulakan operasi di Malaysia tahun ini.
Transcript
00:00Sektor penerbangan negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila 8 syarikat penerbangan baharu memulakan operasi di Malaysia tahun ini.
00:09Malaysia Airpods Holding Seberhard dalam satu kenyataan menegaskan komitmennya untuk menyokong kempen tinjau Malaysia 2026 melalui peluasan laluan dan jaringan udara antarabangsa.
00:21Usaha Malaysia Airpods tertumpu kepada pasaran strategik merangkumi ASEAN iaitu Asia Selatan, Asia Timur Laut, Asia Tengah, Timur Tengah, Eropah dan Pasifik Barat Daya.
00:35Ia bagi memastikan Malaysia terus menjadi hub penerbangan utama serantau dan destinasi pilihan pelancong serta pelabur antarabangsa.
00:43Hasil usaha itu, operasi lapangan terbang di Malaysia merekodkan peningkatan 8.1% jumlah penumpang pada suku ketiga tahun ini dengan 26.9 juta penumpang berbanding 24.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
01:00Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA kekal sebagai penyumbang utama dengan 16.3 juta pergerakan penumpang meningkat hampir 7.75% berbanding tahun sebelumnya.
01:11Antara syarikat penerbangan baru yang mula beroperasi tahun ini ialah Jiangxi Air dengan laluan Nancang, Kuala Lumpur dan Hong Kong Express yang mengendalikan perkhidmatan Hong Kong Subang.
01:22Setelah itu, 12 laluan baru turut diperkenalkan pada suku ketiga termasuk sambungan Taiwan di Wuhan, Kuala Lumpur oleh China Eastern Airlines.
01:30Secara keseluruhannya, termasuk lapangan terbang antarabangsa Sabiha Gokchan di Turki, Malaysia Airports mencatat 40.6 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2025,
01:41peningkatan lebih 12% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Recommended