00:00Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr.
00:10Mahathir Muhammad serta seluruh keluarganya atas pemergian Allah Yarhamah Tun Dr. Siti Asmah Muhammad Ali.
00:16Wan Azizah menyifatkan pemergian Allah Yarhamah sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Selain mengenang beliau sebagai tokoh yang mengabdikan kehidupannya
00:27kepada kesejahteraan awam, kesihatan masyarakat serta pemerkasaan wanita.
00:33Wan Azizah secara peribadi amat menghormati Allah Yarhamah yang banyak mengajarnya mengenai cara membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme.
00:44Menurutnya, kebijaksanaan, kemesraan dan keperibadian Allah Yarhamah menjadikan Tun Dr. Siti Asmah sebagai tokoh yang amat disayangi dan dihormati.
00:56Wan Azizah berkata, Allah Yarhamah turut membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya ditunjulkan melalui suara yang lantang.
01:06Sebaliknya, kekuatan itu boleh terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan serta keteguhan dalam membawa diri.
01:16Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allah Yarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan
01:26orang beriman serta beramal soleh.
01:28Wan Azizah turut mendoakan agar Tun Dr. Mahathir serta seluruh ahli keluarganya diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
01:40Terima kasih kerana menonton!