00:00Seorang pelajar lelaki akan didakwa di Mahkamah Magistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama Petaling Jaya.
00:20Jabatan Peguam Negara AGC dalam kenyataan pada selasa memaklumkan AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis diraja Malaysia PDRM berhubung kes kematian pelajar perempuan yang maut ditikam itu.
00:33Jelas kenyataan itu hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.
00:47Sehubungan itu, AGC memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 kerana kesalahan membunuh.
Comments