Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Menurut Ahli Ekonomi Kanan, Centre for Future Studies Berhad (THE FUTURE), Muhamad Zharif Luqman Hashim, banyak syarikat tempatan yang lambat matang mengehadkan pertumbuhan produktiviti dan gaji pekerja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertumbuhan gaji di Malaysia berdepan dengan kekangan apabila banyak syarikat tempatan mengambil masa terlalu panjang untuk mencapai tahap kematangan sekaligus
00:10menghadkan keupayaan mereka meningkatkan produktiviti dan menawarkan gaji lebih tinggi.
00:15Menurut Ahli Ekonomi Kanan Center for Future Study Berhad atau The Future, Muhammad Zarif Luqman Hashim, laporan analisis gaji 2025
00:25yang diterbitkan menunjukkan kebanyakan sektor yang berada dalam kelompok bergaji rendah pada 2015 masih kekal dalam kedudukan sama sehingga kini.
00:36Ujar beliau keadaan itu bukan bermakna gaji pekerja tidak meningkat, sebaliknya kenaikan yang berlaku belum cukup besar untuk dianggap sebagai
00:45hasil transformasi syarikat atau ekonomi.
00:48Antara cabaran utama ialah keupayaan syarikat untuk beralih daripada aktiviti bernilai rendah kepada aktiviti yang menawarkan produktiviti dan nilai tambah
00:57lebih tinggi.
00:58Katanya sebagai contoh syarikat dalam sektor elektrik dan elektronik E&E yang sebelum ini tertumpu kepada aktiviti pemasangan perlu bergerak
01:06ke bidang bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk dan pembangunan lita bersepadu IC.
01:11Itu juga daripada kajian-kajian kami yang lepas yang mana kita menunjukkan bahawa syarikat-syarikat di Malaysia ini maturity rate
01:18ataupun tahun untuk mereka mature ini pada umur syarikat 50 tahun.
01:26Maksudnya setengah abad syarikat itu baru mereka boleh berikan gaji yang tinggi, produktiviti yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain.
01:35Macam contoh kita lihat negara daripada Singapura dan juga Korea yang mana maturity sebuah-sebuah syarikat tersebut pada tempoh 20
01:43tahun.
01:44Maksudnya mereka bergerak lebih pantas lah daripada syarikat di Malaysia.
01:51Bila kita maturity rate ataupun kita dah capai tahap yang maksimum untuk syarikat tersebut, itu yang kita boleh dapat bagi
01:58gaji yang tinggi.
01:59Tambah beliau dalam sesetengah keadaan ia hanya mula menunjukkan peningkatan selepas melalui satu generasi ke generasi berikutnya.
02:08Selain itu kebergantungan syarikat tempatan terhadap pasaran domestik turut dilihat sebagai antara faktor yang mengehadkan ruang pertumbuhan.
02:16Justru lebih banyak syarikat Malaysia perlu memperluas pasaran eksport bagi meningkat skala perniagaan, produktiviti serta keupayaan menawarkan pekerjaan bergaji lebih
02:26tinggi.
02:30Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended