00:00Saya tak boleh lari dari soalan yang kerana saya pernah menghadapi ataupun melihat situasi ini
00:06yang menyatakan bahawa tak payahlah nak sambung study, nak tertiary education.
00:11Saya dah boleh buat job lain dan sebagainya.
00:14Gaji saya lebih berbaloi kalau saya habis belajar.
00:17Saya nak kena bayar hutang pendidikan.
00:20Gaji saya belum tentu berapa ribu saya nak dapat.
00:23Kalau saya jadi contohnya jadi rider hantar makanan dan sebagainya.
00:27Senang je saya boleh bayar duit motor tiap-tiap bulan.
00:30gaji saya dah cukup untuk tampung kehidupan.
00:32Adakah boleh saya katakan bahawa graduan ataupun anak muda mungkin melihat bahawa selepas ini
00:39ijazah ini dah tak berbaloi dah.
00:42Mungkin adakah mungkin pada tahap itu kita boleh bayangkan YB?
00:46Kalau daripada sudut konteks pembangunan ekonomi negara.
00:51Bagi saya kita perlukan bakat-bakat yang akan sentiasa mempunyai nilai tambah kepada aktiviti ekonomi.
00:58Jadi bila nilai tambah itu akan sejajar dengan dari segi kemahirannya, produktivitinya, dari segi bagaimana progression itu boleh berlaku.
01:09Pada masa yang sama apabila struktur gaji itu tidak diimbangi dengan baik ataupun tidak memberi gambaran yang jelas soal progress
01:20itu boleh berlaku.
01:22Terutamanya yang bersandarkan kepada nilai, kepada kemahiran yang boleh ditawarkan.
01:29Pemikiran itu mungkin wujud ataupun mungkin dah wujud sekalipun.
01:34Tetapi cabarannya ketika ini adalah untuk meletakkan balik posisi soal aktiviti ekonomi negara kita ini ke arah perkara yang melahirkan
01:45nilaian yang lebih baik kepada sektor ekonomi.
01:48Sudah pasti kita tidak boleh merendahkan mana-mana segmen yang terus memberi pulangan ataupun pendapatan kepada warga kita.
01:57Dalam konteks yang mungkin dari segi keperluannya untuk menjana pendapatan ketika ini dan sebagainya.
02:03Tetapi syarat untuk mengedengahkan ilmu kemahiran ini perlu diangkat.
02:10Sebab itu di peringkat kerajaan.
02:12Contohnya, pembawaan pendekatan TIVET itu semakin diperkasakan.
02:17Kerana keperluan teknikal ini akan membuka jalan ke arah peluang pendapatan yang baik.
02:24Sebab ada kemahiran skill yang diperlukan.
02:26Cuma, ijazah ini juga kita perlu dijajarkan juga dengan permintaan industri supaya dari segi nilaiannya itu akan ada peluang yang
02:39lebih baik.
02:40Terutamanya untuk subjek ataupun perkara-perkara yang akan menjadi idaman ataupun keperluan industri.
02:48Terima kasih.
Comments