Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Donald Trump berkata rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran mempunyai momentum yang baik serta berpotensi membawa kepada perjanjian, namun tidak menolak tindakan ketenteraan jika perlu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata, perundingan dengan Iran kini menunjukkan perkembangan positif dan berpotensi membawa kepada satu perjanjian baru.
00:09Trump berkata, terdapat momentum yang semakin kuat untuk Washington dan Tehran mencapai kesepakatan yang baru.
00:19Menurut beliau, utusan khas Amerika Syarikat telah mengadakan pertemuan produktif dengan pihak yang terlibat dalam usaha pengantaran melibatkan Iran.
00:27Trump juga menyatakan matlamat utama Amerika Syarikat adalah menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear.
00:35Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan tambahan boleh dilaksanakan sekiranya wujud aktiviti yang dianggap mengancam.
00:43Trump turut berkata aliran penghantaran minyak melalui silat hormus meningkat sejak konflik bermula.
00:49Beliau yakin situasi semasa boleh berakhir sama ada melalui perjanjian atau penamatan cepat konflik.
00:55Sementara itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata,
00:598 negara kini bekerjasama bagi merungkai isu-isu yang melanda rantau teluk.
Comments

Recommended