Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengkritik kegagalan usaha damai di Gaza dan menyifatkan keadaan semasa sebagai memalukan masyarakat antarabangsa. Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB, beliau turut menggesa pembukaan semula Selat Hormuz, memperkukuh pertahanan Ukraine serta meningkatkan kerjasama global dalam pembangunan AI dan perubahan iklim.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron mengkritik kegagalan usaha damai di Gaza dan menyifatkan keadaan yang berlaku ketika ini sebagai sesuatu yang
00:08memalukan masyarakat antarabangsa.
00:10Menurut beliau sehingga kini masih belum ada koridor kemanusiaan yang berjaya diwujudkan bagi membantu penduduk Gaza.
00:18Macron turut mengkritik peningkatan keganasan oleh peneroka Israel di Tebing Barat yang menurutnya semakin menjejaskan hak rakyat Palestine.
00:25Beliau memberi amaran bahawa tindakan yang menjejaskan kedaulatan negara-negara jiran atas alasan keselamatan tidak akan membawa kestabilan jangka panjang.
00:35Dalam perkembangan berkaitan Asia Barat, Macron menyifatkan pembukaan semula selah hormus sebagai keutamaan penting untuk menjamin keselamatan bekalan tenaga dunia.
00:44Menurutnya, penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa juga merupakan keutamaan demi kepentingan semua pihak dan Perancis akan terus komited terhadap prinsip
00:53itu.
00:55Terima kasih.
Comments

Recommended