Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat akan membina dua pangkalan tentera utama di Greenland di bawah perjanjian baharu yang dimeterai bersama Denmark.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden AS Donald Trump mengumumkan Washington akan membina dua pangkalan tentera utama di Greenland menerusi satu perjanjian baru dengan Denmark
00:09dan Greenland.
00:11Berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Trump berkata pembangunan kehadiran tentera berskala besar itu akan dimulakan dengan
00:19segera.
00:23Beliau berkata perjanjian tersebut memberikan AS kawalan kekal terhadap aspek keselamatan serta kepentingan strategi lain di Greenland.
00:32Menurut Trump, pengaturan itu akan membolehkan Washington mengambil sebarang langkah yang diperlukan untuk mempertahankan benua Amerika, Eropah dan kawasan berkepentingan
00:41yang lain.
00:42Jelasnya tiada pihak yang dianggap musuh AS akan dibenarkan menempatkan aset ketenteraan atau membuat pelaburan sensitif di Greenland tanpa kelulusan
00:52bertulis daripada Washington.
00:54Trump berkata perjanjian berkenaan di jadual ditanda tangani di luar sesi Perhimpunan Agung PBB di New York.
01:01Beliau turut memuji kerajaan Denmark dan Greenland atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses serundingan berlangsung.
01:08Greenland menjadi perhatian kuasa besar dunia kerana kedudukannya yang strategik di rantau Artik selain memiliki sumber mineral yang besar.
01:16Trump sebelum ini berulang kali menyuarakan kepentingan Greenland kepada AS dengan merujuk kepada peningkatan pengaruh Rusia dan China di rantau
01:26tersebut.
Comments

Recommended