Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Hukuman itu dijatuhkan ke atasnya selepas bekas presiden Perancis itu disabitkan kesalahan konspirasi jenayah berkaitan pembiayaan kempen pilihan raya presiden 2007 menggunakan dana dari Libya.
Transcript
00:00Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, tiba di penjara La Santé di Paris pada selasa untuk memulakan hukuman penjara selama 5 tahun.
00:10Ini selepas beliau disabitkan kesalahan konspirasi jenayah berkaitan pembiayaan kempen pilihan raya Presiden 2007 menggunakan dana dari Libya.
00:19Sebelum menambah tiba di penjara, beliau dilihat melambai ke arah penyokongnya ketika berada di dalam sebuah kenderaan hitam dengan kaca gelap.
00:30Sarkozy bakal menjadi bekas Presiden Perancis pertama dalam sejarah modern yang menjalani hukuman penjara.
00:37Makawan jenayah Paris menjatuhkan hukuman penjara serta merta walaupun beliau memfailkan rayuan.
00:42Keputusan itu dibuat atas alasan keseriusan gangguan terhadap ketenteraan awam berpunca daripada kesalahan tersebut.
00:49Sarkozy dijangka ditempatkan dalam sel pengasingan atas faktor keselamatan dan hanya dibenarkan keluar ke kawasan rekreasi secara bersendirian dua kali sehari.
00:59Beliau juga dibenarkan membawa tiga buah buku serta sepuluh gambar keluarga.
01:04Walaupun disabitkan atas tuduhan konspirasi jenayah, beliau dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan pembiayaan kempen secara haram.
01:12Sarkozy bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan kes tersebut sebagai bermotifkan politik.
01:19Terima kasih.
01:19Terima kasih.
01:20Terima kasih.
Comments

Recommended