Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir menggesa hukuman mati dikenakan terhadap suspek Palestin yang didakwa terlibat dalam serangan tembakan yang mengorbankan seorang warga Israel berhampiran Neve Tzuf di Tebing Barat. Suspek dilaporkan telah ditahan beberapa jam selepas kejadian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, Menteri Kesempatan Israel Itamar Ben-Gavir menggesa hukuman mati dikenakan terhadap suspek Palestine yang didakwa terlibat dalam serangan
00:09tembakan yang mengorbankan seorang warga Israel di Tebing Barat pada Ahad.
00:13Menurut pihak berkuasa Israel, suspek melepaskan tembakan dari dalam kenderaannya ke arah sekumpulan warga Israel sebelum melarikan diri.
00:24Pasukan perubatan yang tiba di lokasi menemukan seorang lelaki Israel dalam keadaan kritikal akibat kecederaan tembakan sebelum mangsa disahkan meninggal
00:33dunia di hospital.
00:34Beberapa jam selepas kejadian, polis Israel maklumkan suspek berjaya dikesan di sebuah hospital di Ramallah sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
00:43Susulan penahanan itu, Ben-Gavir menggesa undang-undang hukuman mati terhadap pelaku serangan yang mengorbankan nyawa rakyat Israel dilaksanakan.
00:52Dalam insiden berasingan, tentera Israel berkata pasukannya menembak mati seorang pemandu Palestine berhampiran penempatan Ganim di utara Tebing Barat selepas
01:01mendakwa lelaki itu cuba melanggar anggota keselamatan menggunakan kenderaan.
01:06Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada keduduk insiden yang berlaku menjelang samutan Hari Suci Yahudi Yom Kippur mempunyai kaitan
01:14antara satu sama lain.
01:16Ketegangan di Tebing Barat terus meningkat ketika konflik Israel-Palestin memasuki fasa yang semakin tidak menentu.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended