00:00Teruskan dengan laporan luar negara. Usahawana Amerika Syarikat Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi $700 bilion.
00:10Lonjakan kekayaan Musk berlaku selepas Mahkamah Agung Delaware membatalkan keputusan Mahkamah Rendah yang sebelum ini membatalkan pakej option saham Tesla miliknya pada 2018.
00:20Pakej option saham berkenaan kini dianggarkan bernilai $139 bilion. Forbes menganggarkan kejayaan Musk dalam merayu keputusan itu telah meningkatkan nilai kekayaan bersihnya kepada paras tertinggi iaitu $749 bilion.
00:38Sebelum ini, Forbes menamakan Musk sebagai individu pertama yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi $600 bilion sesulan pengumuman tawaran awam oleh SpaceX yang menilai syarikat itu pada $800 bilion.
00:53Peningkatan kekayaan Musk berlaku dengan pantas dalam tempoh beberapa tahun. Pada Mac 2020, nilai kekayaan bersihnya dianggarkan sekitar $24.6 bilion.
01:03Namun pada Januari 2021, beliau muncul sebagai individu terkaya di dunia selepas melepasi paras $200 bilion dan $300 bilion dalam tahun yang sama.
01:15Pada 2024, nilai kekayaan Musk terus meningkat apabila melepasi paras $400 bilion dan $500 bilion.
01:23Setakat ini, satu-satunya individu lain selain Musk yang pernah mencapai nilai kekayaan bersih melebihi paras $300 bilion dan $400 bilion ialah pengasas bersama Oracle, Larry Ellison.
01:36Terima kasih telah menonton!