Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya susulan monsoon Timur Laut MTL yang dijangka berterusan hingga Mac depan.
00:14Pengarah bahagian pengurusan latihan APM Colonel PA Effendi Ali berkata, operasi akan turut dibantu pasukan Bantuan Pertahanan Awam CDA dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini.
00:26Menurutnya, pasukan CDA ini ialah anggota penyelamat awal dan jika kawasan mereka tidak terjejas, mereka yang terlatih akan dikerahkan untuk membantu di tempat lain yang lebih memerlukan.
00:41Beliau menambah, latihan anggota dilaksanakan berterusan setiap tahun dan pengambilan anggota baharu dilakukan sepanjang masa bagi memastikan kekuatan pasukan setiasa mencukupi.
00:52Setakat ini, logistik kita masih mencukupi termasuk keperluan utama APM ketika bencana banjir membabitkan lori, kenderaan pacuan empat roda dan bot.
01:04Selain itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dinasihati supaya berwaspada dan sentiasa membuat persediaan awal.
01:14Ia termasuk memastikan keselamatan diri serta keluarga dan melindungi dokumen penting.

Recommended