00:00Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 22 Disember 2025
00:06bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand
00:10selaras dengan peranannya sebagai pengerusi ASEAN.
00:13Mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur itu diadakan susulan persetujuan tiga hala
00:18melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand yang dicapai pada 11 Disember lalu.
00:24Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu juga sebagai langkah awal
00:31ke arah meredakan ketegangan antara kedua-dua negara jiran berkenaan.
00:36Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan akan mempenguruskan mesyuarat tersebut
00:41yang dijangka menjadi platform penting kepada negara-negara anggota ASEAN berkongsi pandangan
00:46selain menilai pendekatan kolektif bagi membantu meredakan situasi
00:51dan menyelak sebarang eskalasi konflik.
00:55Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha menyokong keamanan dan kestabilan
00:59antara Kemboja dan Thailand selain memastikan keselamatan serta keharmonian
01:04rantau Asia Tenggara terus terperlihara.
01:08Penganjuran mesyuarat khas ini mencerminkan komitmen berterusan ASEAN
01:12terhadap prinsip perpaduan dan solidariti serta peneguhan peranan kepusatan ASEAN
01:18dalam menangani isu keselamatan serantau sejajar dengan piagam ASEAN dan triti,
01:24persahabatan dan kerjasama di Asia Tenggara.
01:28Sebagai pengurusi ASEAN, Malaysia menegaskan kesediaannya
01:31untuk terus memudah cara dialog konstruktif berlandaskan semangat ASEAN.
01:36Terima kasih kerana menonton!