00:00Bertemu kembali, lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Turki antara 6 hingga 8 Januari
00:08bakal menyaksikan beliau dan Presiden Rejib Taib Erdogan mempenguruskan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tertinggi HLCS.
00:18Duta Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal berkata, mesyuarat majlis tersebut yang julung kali diadakan
00:25adalah satu platform kerjasama Malaysia dan Turki yang diuruskan bersama di antara Perdana Menteri dan Presiden Erdogan.
00:35Sazali berkata perbincangan merangkumi isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan, keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat serta kerjasama serantau dan antarabangsa.
00:53Salah satu perkara yang perlu diunjurkan di sini adalah semasa lawatan ini, mesyuarat majlis strategik peringkat tertinggi
01:02ataupun lebih dikenali sebagai High Level Strategic Council yang pertama akan dianjurkan.
01:11High Level Strategic Council merupakan satu platform kerjasama Malaysia dan Turki yang diuruskan bersama di antara Yang Mahat-Mahat Perdana Menteri dan Presiden Erdogan.
01:22platform ini ataupun mesyuarat ini akan membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua buah negara di dalam pelbagai bidang.
01:36Di akhir sesi mesyuarat tersebut, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan.
01:41Beliau berkata demikian kepada media Malaysia di Ankara pada selasa, sempena lawatan Perdana Menteri ke Ankara dan Istanbul.
01:49Dalam pada itu, Sazali berkata, lawatan tersebut merupakan kunjungan balas, susulan daripada lawatan rasmi Presiden Republik Turki ke Malaysia pada Februari 2025
01:59dan istiadat sambutan rasmi dijadual berlangsung pada 7 Januari 2026 di Kompleks Presiden di Ankara.
02:07Ia kemudian diikuti dengan pertemuan empat mata antara Anwar dengan Erdogan bagi membincangkan kerjasama dua hala
02:14serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
02:19Selain itu, Sazali berkata Perdana Menteri turut dijadualkan untuk menerima anugerah The Order of the Republic.
02:27Anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan kepada ketua kerajaan
02:32yang memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan dua hala Turki dengan negara sahabat.