00:00Baik, perkembangan seterusnya. Huawei didapati bersalah atas 10 pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat, termasuk penipuan bank, pelanggaran sekatan perdagangan dan
00:11konspirasi mencuri rahsia perdagangan syarikat Amerika.
00:15Keputusan itu dibuat juri Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York pada 24 November selepas perbicaraan kes jenayah yang bermula sejak
00:232018.
00:27Syarikat Telekomunikasi Cina itu bagaimanapun dibebaskan daripada dua pertuduhan lain iaitu konspirasi menghalang keadilan dan konspirasi pemerasan yang mendakwa Huawei
00:37beroperasi sebagai sebuah organisasi jenayah.
00:41Perbicaraan yang berlangsung lebih dua bulan itu menyaksikan pihak pendawaan memanggil lebih 60 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan 15 saksi.
00:50Kes berkenaan turut berkait dengan dauan Huawei memperdaya institusi perbankan mengenai operasi perniagaannya di Iran serta mencuri rahsia perdagangan milik
01:01beberapa syarikat di negara Uncle Sam itu.
01:04Susulan perkembangan itu, Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 2019 menyenaraikan Huawei dalam senarai hitam perdagangan, sekaligus menghadkan akses syarikat berkenaan
01:14kepada teknologi Amerika atas kebimbangan keselamatan negara.
01:18Peguam Huawei, Brian Heberleek berkata, syarikat itu kecewa dengan keputusan berkenaan namun menyifatkan pembebasan daripada pertuduhan konspirasi pemerasan sebagai pengiktirafan
01:31terhadap komitmen pematuhan undang-undangnya.
01:34Beliau telah maklumkan Huawei menjangkakan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
01:39Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat Anne Donnelly dijadul menjatuhkan hukuman terhadap Huawei pada 14 September 2027.
01:49Kes berkenaan dijangka tidak menjejaskan operasi perniagaan Huawei secara keseluruhan, memandangkan syarikat itu berjaya memperbagaikan perniagaannya dan muncul sebagai antara
02:00pemain utama dalam usaha China membangunkan teknologi kecerdasan buatan AI.
02:06Terima kasih telah menonton!