00:00Malaysia menjalinkan kerjasama perkongsian maklumat dengan tiga negara iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina bagi membantra sindiket jenayah dadah rentas sempadan.
00:10Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Omahan berkata,
00:15tindakan itu susulan negara ini menjadi transit sebelum bekalan dadah diseludup ke negara lain.
00:22Katanya sindiket sudah lama bertapak dengan bekalan dipercayai dibawa masuk dari negara sebelah utara sebelum disalurkan ke Indonesia dan Filipina
00:32melalui Sabah dan Sarawak serta beberapa negara lain.
00:35Penyeludupan itu menggunakan pengangkutan udara termasuk lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
00:41Pihak berkuasa sentiasa mengingatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kegiatan sindiket berkenaan dapat dipatahkan.
00:49Sama ada sebelum bekalan dadah memasuki Malaysia ketika berada di dalam negara mahupun selepas diseludup ke negara destinasi.
00:57Husin berkata pihaknya juga sudah menghubungi polis di Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung rampasan dadah bernilai RM229 juta di
01:06Sumatera baru-baru ini.
01:08Katanya maklumat dari negara jenayah itu diperlukan bagi menentukan pembabitan sama ada sindiket pengedaran dadah mempunyai kaitan dengan Malaysia.
01:19Terima kasih telah menonton!