• 11 months ago
Pasukan penyelamat Indonesia menemukan mayat ketiga dalam operasi mencari mangsa bot pelancong yang karam semasa percutian Krismas di perairan Taman Negara Komodo.

Mayat ditemukan pada Selasa dan dibawa ke hospital di Pelabuhan Labuan Bajo untuk proses pengecaman.
Transcript
00:00Pertemu kembali, pasukan penyelamat Indonesia menemukan mayat ketiga dalam operasi mencari dan menyelamat SAR mangsa bot pelancong yang karam semasa percutian Krismas di perairan Taman Negara Komodo.
00:13Mayat ditemukan pada selasa dan dibawa ke hospital di Pelabuhan Labuan Baju untuk proses pengecaman.
00:19Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere, Fathur Rahman berkata, mayat itu dipercayai ahli keluarga yang bercuti di kawasan berkenaan namun identiti belum disahkan.
00:34Insiden melibatkan jurulatih pasukan wanita Valencia CF, Fernando Martin bersama isteri dan empat anak, empat kru dan seorang pemandu pelancong.
00:43Kejadian berlaku apabila bot dinaiki mereka karam akibat kegagalan enjin pada 26 Dizem melalu.
00:50Isteri Martin dan seorang anak mereka bersama semua kru termasuk pemandu pelancong berjaya diselamatkan.
00:56Bagaimanapun, Martin dan tiga anaknya berusia antara 9 hingga 12 tahun masih hilang.
01:02Operasi mencari dan menyelamat kini diperkukuh dengan lebih 160 anggota melibatkan penggunaan bot, kapal tentera laut serta peralatan sonar.

Recommended