• 11 months ago
Tiada amaran Tsunami dikeluarkan pihak berkuasa walaupun pesisir barat Jepun mengalami gempa bumi berukuran 6.2 magnitud.
Transcript
00:00Gempa bumi berukuran 6.2 magnitude menggegarkan pesisir barat Jepun pagi tadi, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
00:10Agensi Meteorologi Jepun, JMA, memaklumkan gempa direkodkan pada jam 10.18 pagi di wilayah Shimane dan setakat ini tidak mengakibatkan kerosakan besar.
00:20Jabatan Geologi Amerika Syarikat USGS pula merekodkan kekuatan gempa sedikit lebih rendah iaitu pada magnitude 5.8.
00:31Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran termasuk bandar barat Yasugi namun keadaan dilaporkan terkawal.
00:37Menurut GMA, kawasan sama turut mengalami beberapa gempa susulan dengan magnitude lebih kecil tanpa sebarang amaran tsunami dikeluarkan.
00:45Jepun terletak di atas empat plek tektonik utama di sepanjang lingkaran api Pasifik dan antara negara paling aktif gempa bumi di dunia dengan kira-kira 1,500 gegaran direkodkan setiap tahun.

Recommended