Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ewon Benedick menyeru semua pihak meletakkan kepentingan Sabah sebagai keutamaan dalam menangani isu aduan kesesakan di Pelabuhan Sepanggar.
Transcript
00:00Semua pihak disuruh meletakkan kepentingan Sabah sebagai keutamaan dalam menangani isu aduan kesesakan di Pelabuhan Sepanggar.
00:09Timbalan Ketua Menteri Dato' Iwan Benedik berkata aduan isu kesesakan Pelabuhan Sepanggar mencakupi keseluruhan rantaian bekalan perkhidmatan dan bukan hanya operasi di pelabuhan.
00:21Justru peranan pelbagai agensi kerajaan dan juga keperluan pendigitalan perkhidmatan perlu diambil kira.
00:30Iwan yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata beliau telah mengadakan kunjungan ke Pelabuhan Sepanggar bagi mengadakan perbincangan dengan operator pelabuhan serta pelbagai agensi yang berkaitan.
00:43Beliau telah diberikan taklimat oleh Sabah Ports Sendirian Berhad dan DPW Sabah Sendirian Berhad sebagai operator pelabuhan mengenai projek pelabuhan sepanggar yang sedang dilaksanakan.
00:54Menurut Iwan, data menunjukkan berlaku peningkatan ketara import-eksport kargo di pelabuhan sepanggar yang merupakan satu indikasi positif kepada aktiviti ekonomi Sabah.
01:06Justru ia selari dengan rancangan peluasan yang telah digariskan sebelum ini.
01:12Menurutnya, beliau akan mempengurusikan beberapa lagi perbincangan susulan sebelum mengangkat kertas kabinet bagi mendapatkan keputusan bagi cadangan-cadangan penyelesaian interim.
01:21Terima kasih telah menonton!

Recommended