00:00Baik, selanjutnya, seramai 51 penghuni daripada 14 keluarga orang asli di hutan cimpan Bukit Bauk di Dungun
00:06berdepan tindakan pengusiran dari tanah kerajaan negeri yang mereka diami sejak hampir 9 tahun lepas.
00:13Tok Batin Anwar Bakung berkata, penduduk menerima surat arahan daripada Penjabat Tanah Dungun pada 15 Julai 2025
00:20yang mengarahkan mereka mengusungkan kawasan berkenaan.
00:24Menurutnya, penduduk orang asli daripada suku Semokberi, Jakon dan Temia
00:32yang bergantung kepada hasil hutan seperti rotan dan akar kayu
00:35untuk menyara kehidupan kini hidup dalam kebibangan memikirkan masa depan keluarga masing-masing.
00:43Berdasarkan surat itu, penduduk diarahkan merobohkan rumah dan mengosongkan tanah terbabit
00:48dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat dikeluarkan.
00:52Tinjauan mendapati 14 buah rumah di perkampungan orang asli tersebut
00:57turut diletakkan notis amaran melarang pendudukan tanah kerajaan.
01:03Menurut Anwar, penduduk telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah Dungun pada 10 Jun 2025
01:09bagi mendapatkan kebenaran menuduki kawasan berkenaan
01:13sementara menunggu kelulusan lesin dan pendudukan sementara TOL
01:17yang diusahakan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jakawa, Terengganu.
01:22Kesemua keluarga terbabit kini mendiami rumah yang dibina sebuah badan bukan kerajaan
01:28Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia tahun lalu.
01:33Wakil Insaf Malaysia, Othman Omar berkata, NGO tersebut membelanjakan kira-kira RM560,000
01:39bagi pembinaan 14 rumah berkenaan dan merancang untuk memohon kemudahan bekalan air bersih
01:45serta elektrik bagi penduduk.
01:48Kerajaan Negeri menegaskan kawasan itu terletak di atas tanah milik Kerajaan Negeri
01:53dan dikenalpasti sebagai tapak cadangan pembinaan Kolej Al-Quran, Terengganu.