00:00Sampai jumpa di video selanjutnya.
00:30Siasatan itu dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
00:39Menurut Kumar, kes disiasat di bawah Seksyen 505 Kurungan B, Kanun Kesiksaan melibatkan kenyataan yang boleh mendatangkan kianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
00:56Kata beliau, Seksyen 505 Kurungan B, Kanun Kesiksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda kedua-duanya manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.
01:17Menurut Kumar, polis telah memanggil dan merakam keterangan 2 pegawai kanan China Press iaitu ketua editor dan sub-editor pada Rabu bagi membantu siasatan.
01:29Beliau menegaskan siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments