00:00Satu mesyuarat khas akan diadakan pada Khamis bagi meneliti langkah mitigasi segera
00:06sesulan keresahan rakyat berhubung kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini
00:11yang antara lain dipengaruhi peningkatan penggunaan elektrik akibat keadaan jerebu dan cuaca panas.
00:18Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat itu membabitkan
00:21Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi AI Petra,
00:24Suruhan Jaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad TNB serta Kementerian Kewangan.
00:30Anwar berkata kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung perkara itu dan menganggapnya perlu diberi perhatian serta ditangani segera.
00:37Katanya ikhtiar penyasaran subsidi akan terus dipertingkatkan bagi melindungi majoriti rakyat.
00:43Menurutnya sekitar 80% pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kWh sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan
00:52dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.
00:56Bagaimanapun beliau berkata keadaan jerebu serta cuaca lebih panas sejak kebelakangan ini mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi
01:05rumah.
01:05Keadaan itu katanya menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWh dan sekaligus terkakluk kepada pelarasan kos bahan api secara
01:15automatik.
01:15Anwar berkata kerajaan akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah
01:22dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Comments