Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Hasil siasatan mendapati kotak itu mengandungi 20 unit bata plastik permainan dinamakan radioactive bomb yang digunakan sebagai alatan untuk aktiviti ujian minda secara berkumpulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis mengesahkan sebuah kotak plastik yang disangka mengandungi bahan radioaktif di hadapan sebuah premis di Sripetaling, Kuala Lumpur.
00:08Sebenarnya peralatan untuk aktiviti pengukuhan pasukan.
00:12Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hu Changhub berkata,
00:17hasil siasatan mendapati kotak itu mengandungi 20 unit batu plastik.
00:21Permainan dinamakan radioaktif bom yang digunakan sebagai alatan untuk aktiviti ujian minda secara berkumpulan.
00:31Siasatan mendapati kotak berkenaan ditinggalkan secara tidak sengaja oleh seorang pekerja syarikat pengurusan lantihan selepas mengendalikan program bina pasukan di
00:41Ipoh, Perak.
00:42Pekerja berkenaan tertinggal kotak itu di hadapan premis Watson di Sripetaling kira-kira jam 11 malam pada 12 September lepas
00:50ketika dalam perjalanan pulang daripada program berkenaan.
00:54Pengarah syarikat terbabit menghubungi pihak polis bagi memaklumkan barangan plastik berkenaan adalah milik syarikatnya.
01:02Menurut Changhub, berdasarkan keterangan pengarah syarikat berkenaan, isiden itu tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah atau ancaman keselamatan sebenar.
01:11Semakan lanjut, pihak polis juga mendapati modul permainan radioaktif bom berserta manual file PDF yang ditawarkan oleh syarikat terbabit memang
01:20wujud bagi tujuan menggalakkan kerjasama ahli pasukan serta meningkatkan kecegasan minda peserta.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended