Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata pasukan teknikal kementerian turun ke sekolah berkenaan sehari selepas kejadian bagi mengambil tindakan susulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM meluluskan RM200,000 bagi kerja pembaikan awal dan elektrikal di Sekolah Kebangsaan Setia Alam di Sya'alam
00:08Selangor,
00:09susulan kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik darjah Isnin lalu.
00:13Menteri Pendidikan Datuk Seri Faldina Siddiq berkata pasukan teknikal kementerian turun ke sekolah berkenaan sehari selepas kejadian bagi mengambil tindakan
00:22susulan.
00:23Menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata sementara siasatan polis dan jabatan bomba dijalankan,
00:29langkah diambil bagi memastikan bahagian sekolah yang selamat dapat terus digunakan.
00:35Manakala kerja pembaikan akan dimulakan sebaik sahaja siasatan selesai.
00:39Ujannya langkah itu diambil bagi membolehkan murid terjejas meneruskan pembelajaran dan kembali ke bilik darjah mereka dalam keadaan selamat dan
00:48selesa secepat mungkin.
00:50Faldina turut menghargai tindakan pantas guru SK Setia Alam yang membantu mengawal kebakaran sementara menunggu pasukan bomba tiba.
00:59Dalam kejadian petang Isnin, sebuah bilik darjah berkeluasan 55.74 meter persegi di SK Setia Alam terbakar 100%.
01:08Namun tiada murid berada di dalam bilik berkenaan dan api dipadamkan sebelum anggota bomba tiba di lokasi.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended