00:00Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah helikopter NBC News terhempas ketika membuat liputan mengenai kemalangan maut
00:06membabitkan sebuah bas di Los Angeles, Amerika Syarikat.
00:10Helikopter News Chopper 4 itu terhempas dan terbakar dalam kejadian pada selasa malam waktu tempatan.
00:17Pihak berkuasa memaklumkan seorang lagi individu dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan serius.
00:22Rakaman dari lokasi kejadian di kawasan Chathworth menunjukkan bangkai helikopter yang terbakar berhampiran dua kontena kargo serta beberapa kenderaan.
00:31Lebih 50 anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran susulan nahas berkenaan.
00:37Jumlah individu yang berada dalam helikopter ketika kejadian masih belum disahkan.
00:41Bagaimanapun pihak berkuasa percaya seorang daripada tiga mangsa yang maut merupakan pejalan kaki.
00:47Nahas berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan berhampiran persimpangan Le Line Avenue dan Nordhoff Street.
00:55Punca nahas masih belum diketauhi dan siasatan sedang dijalankan.
Comments