00:00Hextar Industries Berhad, HIB terus memperkukuh kehadirannya dalam sektor runcit makanan dan minuman FNB
00:07menerusi cadangan pengambil alihan 51% pegangan dalam Bootpackers Group Sendiran Berhad
00:12dengan nilai RM177.5 juta secara tunai.
00:16HIB memaklumkan perjanjian jual-beli saham SPA telah dimeterai bagi memperoleh 412,122 saham biasa
00:24mewakili 51% pegangan dalam Bootpackers Group berdasarkan nilai saksama keseluruhan kumpulan itu sebanyak RM348 juta.
00:33Menurut kenyataan, pengambil alihan tersebut akan memberikan HIB akses segera
00:39ke dalam pasaran pencuci mulut sejuk beku melalui rangkaian kedai di bawah jenama franchise Yao Yao
00:44yang kini mempunyai 131 cawangan di seluruh negara.
00:48Langkah ini menjusuli cadangan HIB untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham
00:54bagi memperlambangkan perniagaan ke dalam runcit FNB
00:57selain melupuskan keseluruhan pegangan ekuiti dalam tiga anak syarikat pembuatan baja milik kumpulan.
01:04Bootpackers Group merupakan pemegang franchise Induk Yao Yao di Malaysia
01:08dan telah mencatat pertumbuhan hasil yang konsisten
01:11meningkat daripada RM117.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 2022
01:16kepada RM150.64 juta pada 2024
01:21dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul CAGR sebanyak 13.08%.
01:27Selepas pengambil alihan selesai,
01:30kumpulan HIB akan menjadi wakil kepada dua jenama franchise global utama di Malaysia
01:35iaitu Lakin Coffee dan Yao Yao.
01:38Sementara itu, pengarah urusan kumpulan HIB Benny Ang berkata
01:43pengambil alihan itu merupakan langkah penting dalam evolusi strategik syarikat
01:48di mana Woodpackers Group memiliki platform FNB yang kukuh
01:51disokong oleh keupayaan operasi
01:53serta kepemahaman mendalam terhadap cita rasa pengguna tempatan.