Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
The Economy Ministry and Health Ministry will continue working to ensure sufficient supplies of critical medicines and medical devices amid the ongoing global crisis.

Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said during a global supply crisis briefing on Monday (May 25) that stocks of high-risk medicines and medical devices remain stable.

However, he said the government would strengthen regular supply monitoring through a special task force while immediately expanding national stockpiles of high-risk medicines.

Read more at https://tinyurl.com/2p8nvm2

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, kita teliti kertas kedua pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan keterjaminan bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan.
00:15Sektor ini penting kerana kestabilan bekalan kesihatan merupakan sebahagian daripada keselamatan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat.
00:26Jadi, kita mendapat laporan sehingga 8 Mei yang mana majoriti bekalan ubat-ubatan negara berada pada tahap stabil dan mencukupi.
00:37Daripada keseruan item ubat yang direkodkan, 72% berada pada tahap risiko rendah, 11.3% pada tahap risiko sederhana
00:48dan 16.8% pada tahap risiko tinggi yang memerlukan pemantauan serta tindakan mitigasi berterusan.
00:59Bagi peranti perubatan pula, sebanyak 81.7% berada pada tahap risiko rendah, 13.5% pada tahap risiko sederhana,
01:09manakala 48.8% dikenalpasti berisiko tinggi.
01:17Bekalan bahan mentah dan komponen utama yang berisiko tinggi akibat kebergantungan kepada sumber import.
01:24Walaupun begitu, mengambil maklum keperluan untuk kita pastikan akses kepada rawatan ini sentiasa ada,
01:34M10 memberikan jaminan kepada pesakit dan mereka yang memerlukan bahawa bekalan ubat negara
01:40dan peranti perubatan adalah stabil dan terkawal.
01:44Sejak dari awal krisis mula berlaku, kerajaan melalui KKM telah mengambil beberapa langkah mitigasi secara berfasa dan tersusun
01:56seperti, pertama, pemantauan bekalan secara berkala melalui pasukan petugas khas.
02:03Kedua, stok penimbal nasional melalui pengukuhan simpanan stok ubat-ubatan bagi item berisiko tinggi secara serta-merta.
02:13Ketiga, diversifikasi sumber bekalan melalui kerjasama strategik dengan negara-negara lain
02:21antaranya yang telah kita materai dengan China, Jepun insyaAllah bila Perdana Menteri ke sana dan juga Uzbekistan.
02:29Keempat, laluan akses khas iaitu kita aktifkan special access pathway bagi mempercepatkan kelulusan import ubat-ubat kritikal.
02:39Kelima, pembangunan industri tempatan bagi memperkasa pembuat peranti perubatan nasional ke arah pengurangan kebergantungan terhadap produk import.
02:53Kutamaan kerajaan adalah jelas dalam isu ini iaitu memastikan bekalan asas mencukupi,
03:00mengawal tekanan harga, menjamin kelangsungan operasi industri,
03:06melindungi pekerjaan serta menyalurkan bantuan secara bersasa kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.
03:20Terima kasih telah menonton!

Recommended