• 4 months ago
Tanggungjawab itu telah diamanahkan kepada Majlis Sukan Negeri Sabah menerusi pelbagai program pencarian bakat melibatkan golongan muda.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah terus memperkukuh usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi menerusi program pencarian bakat yang diselaraskan di seluruh negeri.
00:08Inisiatif itu bukan sahaja memberi ruang kepada bakat muda untuk menyerlah malah menggalakkan ibu bapa,
00:14memainkan peranan dalam menggalakkan penyertaan anak-anak mereka dalam pelbagai pertandingan sukan sejak usia muda.
00:22Menteri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:29tanggungjawab itu telah diamanahkan kepada Majlis Sukan Negeri Sabah menerusi pelbagai program pencarian bakat melibatkan gulungan muda.
00:37Sebab itu kita berharap agar khususnya keluarga-keluarga orang-orang muda,
00:45namanya ibu bapa kepada orang-orang muda supaya mengambil ruang dan peluang dengan kemudahan-kemudahan yang sedia-sedia ada
00:51supaya dapat menimbulkan minat kepada orang-orang muda, bakat-bakat baru untuk mencimbulkan diri dalam bidang-bidang atletik,
01:01bola sepak dan apa juga jenis sukan yang boleh mendatangkan kejayaan kepada diri mereka dan juga kepada Negeri Sabah.
01:11Beliau ditemui media di Lahadatu pada Khamis,
01:14sempena lawatan kerja pertama beliau ke Kompleks Sukan dan Arena Belia Lahadatu,
01:19sempena jelajah KBSK bagi meninjau sendiri keadaan kemudahan sukan serta aktiviti pembangunan belia di daerah ini.
01:27Sebanyak 19 Kompleks Sukan di seluruh Negeri Sabah termasuk Tongot dan Suk bakal dinaik taraf secara berperingkat.

Recommended