00:00Jabatan Polis Atlanta di Georgia, Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak meniru pelakuan jenayah yang dipaparkan dalam
00:08siri permainan video popular Grand Theft Auto atau GTA.
00:12Dalam hantaran di media sosial rasminya, Polis Atlanta menegaskan bahawa aktiviti yang dipaparkan dalam dunia permainan video boleh mengundang akibat
00:20sirius jika dilakukan dalam kehidupan sebenar.
00:26Melalui kempen kesedaran itu, pihak polis secara khusus mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam kesalahan seperti memandu dalam keadaan
00:34mabuk, memandu secara melulu, mencuri kenderaan, pelombaan haram dan keganasan senjata api.
00:40Polis Atlanta menegaskan bahawa semua aktiviti berkenaan mempunyai implikasi undang-undang sebenar dan tidak sepatutnya ditiru hanya kerana digambarkan dalam
00:49permainan video.
00:49Selain itu, mereka teruk mengingatkan orang ramai agar apa jua yang berlaku dalam permainan video kekal sebagai hiburan dan tidak
00:56dibawa ke jalanan serta kehidupan sebenar.
00:59Kempen itu dilancarkan menjelang pelancaran permainan video GTA 6 yang dijadual dipasarkan minggu ini.
01:06Pihak polis berkata mesej tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran terutamanya dalam kalangan pemain muda mengenai perbezaan antara hiburan digital dan tanggungjawab
01:15dalam dunia sebenar.
Comments