00:00Sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut apabila sebuah bas terbakar di selatan Vietnam pada awal pagi selasa.
00:07Kementerian Keselamatan Awam Vietnam dalam satu kenyataan memaklumkan bas berkapasiti 24 tempat duduk itu
00:13sedang dalam perjalanan dari wilayah Lam Dong ke pusat perniagaan berhampiran Ho Chi Minh City sebelum terbakar.
00:20Tambah kenyataan itu, api merebak dengan pantas menyebabkan beberapa penumpang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
00:26media tempatan melaporkan lima lagi penumpang mengalami kecederaan dalam insiden itu.
00:30Sementara itu, maklumat lanjut mengenai identiti mangsa serta punca kebakaran masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.
00:38Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran.