00:00Kegagalan penjawat awam melaksanakan tugas ketika bekerja dari rumah BDR tidak seharusnya timbul sekiranya mereka mencapai petunjuk prestasi utama atau
00:09KPI yang ditetapkan.
00:11Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, KPI menjadi antara syarat yang perlu ditetapkan ketua jabatan sebelum
00:20kelulusan BDR diberikan.
00:25Bagi memastikan BDR tidak menjejaskan produktiviti penjawat awam, ketua jabatan perlu memastikan beberapa perkara diteliti sebelum kelulusan diberikan.
00:35Antaranya keadaan capaian internet, lokasi tempat tinggal serta KPI yang perlu dicapai setiap pegawai.
00:42Menurut Syamsul Azri, ketua jabatan juga bertanggungjawab memantau prestasi penjawat awam di bawah selian mereka sepanjang tempoh BDR.
00:50Sebagai contoh, sekiranya seorang pegawai diberikan 14 tugasan untuk diselesaikan pada hari berkenaan, kesemua tugasan itu perlu disiapkan sebelum waktu
01:00kerja berakhir.
01:02Pelaksanaan dasar hari bekerja hybrid atau HBH bermula 1 Ogos ini.
01:06Menerusi dasar itu, penjawat awam yang layak akan mengikuti norma kerja baru dengan 3 hari bekerja di pejabat dan 2
01:14hari BDR setiap minggu.
01:16Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sriwan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata,
01:22sejak ini tiada aduan diterima berkaitan penggunaan sistem SPOTME.
01:26Sistem itu hanya memerlukan pejawat awam merekodkan waktu memulakan dan menamatkan tugas
01:32berbanding cadangan terdahulu yang memerlukan rekod kehadiran setiap jam.
01:36Terima kasih telah menonton!