Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Mahkamah di China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pengasas Evergrande, Hui Ka Yan, selain mengarahkan semua harta peribadinya dirampas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di China pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pengasas syarikat pemaju hartanah China Evergrande, Grup Hui
00:08Ka Yan.
00:09Pada masa sama, semua harta peribadi milik Hui turut dirampas.
00:15Hui mengaku bersalah pada April lalu atas 8 pertuduhan termasuk menyalahgunakan dana, melakukan penipuan dalam aktiviti pengumpulan dana serta menerima
00:24deposit awam secara haram.
00:26Selain hukuman terhadap Hui, mahkamah di bandar Shenzhen, Selatan China dalam satu kenyataan turut mengenakan denda sebanyak 8.82 bilion
00:34yuan bersamaan kira-kira 1.31 bilion dolar Amerika terhadap Evergrande.
00:41Anak syarikat utamanya, Hengda Real Estate pula didenda sebanyak 7 bilion yuan.
00:46Evergrande yang suatu ketika dahulu merupakan antara pemaju hartanah terkemuka China gagal memenuhi sebahagian besar obligasi hutangnya berjumlah 300 bilion
00:56dolar sejak 2021.
00:59Masalah yang membelenggu syarikat itu juga mencerminkan krisis berpanjangan dalam sektor hartanah China yang sejak sekian lama memberi tekanan kepada
01:07ekonomi kedua terbesar dunia itu.
01:09Mahkamah juga menjatuhkan hukuman denda dan penjara antara 6 hingga 18 tahun terhadap 5 lagi eksekutif kanan syarikat berkenaan.

Recommended