00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Presiden Indonesia Prabowo Subianto bagi melihat dan membantu menyelesaikan isu pelaburan Felda
00:09dalam syarikat Eagle High Plantations EHP di Indonesia.
00:14Beliau berkata perkara itu antara isu pelaburan besar yang perlu diberi perhatian kerana berpotensi menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit sekiranya
00:24tidak ditangani segera.
00:27Termasuk pelaburan di Indonesia, Eagle High. Sekarang tersangkut di Mahkamah TTI Indonesia.
00:43Saya telah menulis kepada Presiden Prabowo Subianto, meminta beliau melihat juga permasalahannya.
00:55kerugian kalau tidak ditangani RM25 bilion yang mungkin yang kita perolehi nanti RM200 juta.
01:09Itu satu contoh.
01:10Beliau berkata isu membabitkan pelaburan EHP lebih besar berbanding beberapa isu lain yang sebelum ini mendapat perhatian termasuk pelaburan berkaitan
01:20hotel di London dan Kuching.
01:21Katanya perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana kegagalan mengurus pelaburan dengan baik boleh memberi kesan besar terhadap kedudukan kewangan
01:30Felda dan kepentingan peneroka.
01:33Kes EHP perlu dijadikan pengajaran supaya kelemahan dalam membuat keputusan serta pengurusan pelaburan tidak berulang pada masa akan datang.