00:00Harga minyak mentah global dijangka meningkat untuk minggu kedua berturut-turut minggu hadapan ketika konflik antara AS dan Iran terus
00:09menjejaskan bekalan komoditi itu.
00:12Konflik tersebut dijangka terus mengehadkan bekalan minyak dan gas dari beberapa negara teluk termasuk Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Emirat
00:20Arab Bersatu.
00:23Dalam tempoh lima hari lepas, harga brand meningkat lebih 7% manakala WTI naik lebih 8%. Kedua-duanya mencapai paras
00:32tertinggi sejak hujung bulan lalu.
00:35Tempoh kuatkuasa genjatan senjata antara Amerika dan Iran tamat pada 17 Ogos lalu. Dengan kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang
00:43minat untuk menghidupkan semula rundingan damai.
00:45Menurut penganalisis firma perkhidmatan kewangan IG Tony Sycamore, kedua-dua negara dilihat semakin komited untuk mempertahankan kedudukan masing-masing walaupun
00:55kedua-duanya semakin kesentukan masa untuk mencari penyelesaian yang bermakna.
01:01Manakala sebuah lagi firma BMI berkata eksport kini berdepan tekanan yang tinggi.
01:06Susulan konflik di Selat Hormuz dan sekatan Laut Merah yang dilaksanakan oleh kumpulan Huthi Yaman.
01:11Pada Khamis, hanya tujuh kapal tangki minyak berjaya berlayar di Selat Hormuz separuh daripada jumlah pada hari sebelumnya.
01:19Sebelum perang Amerika-Iran, lebih 50 kapal tangki melepasi Selat tersebut setiap hari.
01:25Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengugut untuk melaksanakan perang ekonomi terhadap Iran pada satu skala yang tidak pernah dilihat sebelum
01:33ini.
01:34Trump turut mengugut untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana negara yang memberikan bantuan ekonomi kepada Iran.
01:41Terima kasih telah menonton!