00:00Cubaan puluhan pendatang asing tanpa izin parti meluluskan diri daripada Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia, Jim, bertukar menjadi drama apabila sebahagian
00:09daripada mereka nekat melarikan diri ke kawasan lombong berhampiran rumah kongsi di tapak pembinaan kondominium di USJ 23, Subang Jaya,
00:19awal pagi Sabtu.
00:20Serbuan kira-kira jam 1.55 pagi itu digerakkan Jim Selangor serta Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti
00:29Dadah Kebangsaan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
00:34Sinar harian yang mengikuti operasi itu menyaksikan suasana yang pada awalnya suni bertukar kecoh selepas segelintir penghuni rumah kongsi berkenaan
00:42melarikan diri daripada pemeriksaan Jim.
00:45Walaupun hanya berkain pelikat dan ada yang terjatuh ketika cuba meluluskan diri, warga asing terbabit nekat memasuki kawasan lombong berhampiran
00:54rumah kongsi tersebut.
00:56Pasukan operasi kemudian berjaya menahan beberapa lelaki warga asing yang berada di kawasan lombong itu selepas dipujuk untuk menyerah diri
01:03sebelum proses dokumentasi dilaksanakan.
01:06Selain itu, ada antara penghuni terbabit dikesan menyorok di bawah katil kononnya mahu mengelak daripada ditahan.
01:13Permahatian seterusnya mendapati rumah kongsi dua tingkat itu berada dalam keadaan tidak teratur dan bersepah dengan sambungan elektrik yang disyaki
01:23berbahaya selain tulut dilengkapi kedai runcit, dapur serta ruang kantin.
01:28Timbalan Pengarah Imigresen Selangor Kawalan Muhammad Husairi Kamaruddin berkata operasi itu memeriksa 385 individu sebelum menahan 198 orang yang disyaki
01:40pendatang asing tanpa izin parti termasuk sembilan wanita atas pelbagai kesalahan imigresen.
01:46Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun yang terdiri daripada 20 warga Indonesia, 148 warga Bangladesh, 28
01:57warga Myanmar serta masing-masing seorang warga Nepal dan Pakistan.
02:02antara kesalahan dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat dan tinggal lebih masa.
02:10Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959-63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Comments