00:00Ketua Pegawai Keuangan Seguah Institut Pengajian Tinggi Swasta didakwa di Mahkamah Session Seremban pada Rabu atas pertuduhan pecah amanah membabitkan
00:09wang berjumlah RM65 juta.
00:12Tertuduh Noraini Aripin, 55 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Datin May Kunasundari selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:23Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan Ketua Pegawai Keuangan sebuah IPTS telah diamanahkan untuk mengurus wang berjumlah RM65,557,720 milik
00:37syarikat berkenaan bagi tujuan pembayaran duty ad volorem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.
00:43Bagaimanapun, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta tersebut dengan membuat pembayaran bagi tujuan lain sehingga menyebabkan bayaran duty ad volorem kepada LHDN
00:54tidak dibuat.
00:56Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan antara September 2025 hingga April 2026 di Pejabat IPTS tersebut di Bandar Enstek, Nilai.
01:07Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Akta
01:16574.
01:18Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 2 tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan denda.
01:26Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin warga negara dan kes disebut semula 20 September depan.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments