00:00Sabah mahu memperluas konsep child-friendly city atau bandar mesra kanak-kanak ke lebih banyak daerah sebagai langkah memperkukuh aspek
00:07keselamatan, pelindungan dan kesejahteraan golongan itu.
00:10Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata pendekatan itu tidak seharusnya tertumpu di bandar besar
00:18seperti Kota Kinabalu sahaja, sebaliknya perlu dikembangkan ke daerah-daerah lain.
00:22Kita berharap kita dapat membawa daerah Tawau seterusnya untuk diiktiraf sebagai child-friendly city dan kita setakat ini telah banyak
00:32usaha-usaha daripada peringkat keselamatan, banyak yang sudah kita mengambil kira daripada segi kondusiviti untuk kanak-kanak ini dan kita
00:46percaya Tawau boleh juga diiktiraf sebagai daerah child-friendly city.
00:50Rina berkata Tawau mempunyai potensi untuk menerima pengiktirafan berkenaan selepas Kota Kinabalu yang ketika ini menjadi satu-satunya daerah di
01:00Sabah yang sudah diiktiraf sebagai child-friendly city.
01:04Beliau berkata usaha itu perlu disokong dengan tindakan menyeluruh termasuk penguatkuasaan, keselamatan dan penyediaan persekitaran yang mengambil kira keperluan kanak
01:14-kanak.
01:14Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program advokasi kempen kesedaran perlindungan kanak-kanak daripada jenayah seksual di Hospital Besar
01:24Tawau.