Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Sabah berpotensi besar untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dengan memperluas pengeluaran beras, jagung dan bawang secara komersial.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sabah berpotensi besar untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dengan memperluaskan pengeluaran beras, jagung dan bawang secara komersial.
00:09Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata ketiga-tiga komoditi itu kini menyumbang kepada nilai import
00:16hampir RM2 bilion setahun.
00:20Untuk maklumat beras, jagung dan bawang ianya memberikan nilai lebih kurang RM2 bilion setahun untuk kita import daripada luar negara.
00:32Sedangkan ketiga-tiga komoditi ini boleh diusahakan di negeri kita dengan tanah yang cukup luas.
00:40Di peringkat tanaman padi, kita menyediakan program mini estate di mana kepada orang-orang lama yang sudah tidak mampu untuk
00:51mengusahakan sawah padi dan anak-anak yang tidak ingin mengusahakan sawah padi.
00:57Maklumkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah dan juga Jabatan Pertanian, kita akan padankan dengan syarikat-syarikat yang ingin mengusahakan
01:06padi secara estate.
01:07Bagi meningkatkan penguruan padi, kerajaan negeri memberikan program mini estate dengan memadankan pemilik sawah yang tidak lagi berkemampuan mengusahakan tanah
01:16mereka dengan syarikat berminat menjalankan penanaman secara estate.
01:21Setakat ini enam syarikat telah menandatangani memerandum persefahaman, manakala sembilan syarikat lagi menunggu untuk mendapatkan tanah yang sesuai.
01:30Sementara itu, Jamawi berkata sektor pertanian di Sabah kini semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan muda.
01:37Jelasnya 65% daripada kira-kira 200 pempamer yang menyertai Sabah Agroespo 2026 berusia 40 tahun ke bawah.
01:47Kerana bagi saya apabila meninjau gerai-gerai dan juga kebanyakan tempat pempamer-pempamer,
01:56kita lihat lebih kurang 65% yang terlibat adalah anak-anak muda usia 40 tahun ke bawah.
02:05Ini menunjukkan bahawa industri pertanian di Sabah ini sudah memberikan semangat baru kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam sektor
02:14pertanian.
02:15Jamawi berkata kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan dan subsidi melalui agensi berkaitan selain kemudahan pinjaman sehingga RM100,000
02:24tanpa faedah dan cagaran melalui perbadanan pinjaman Sabah bagi pengusaha yang mahu mengembangkan perniagaan.
02:34Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sabah Agroespo 2026 di pusat konvensi antarabangsa Sabah SICC pada Sabtu.
02:42Terima kasih telah menonton!

Recommended