00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas kejayaan menganjurkan Sukan Malaysia atau SUGMA 2026.
00:09Menurut beliau, penganjuran yang tersusun dan meriah membuktikan keupayaan Selangor mengangkat Temasyah Sukan terbesar negara itu dengan penuh semangat dan
00:18kebersamaan.
00:22Perdana Menteri turut menzahirkan perhargaan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia yang menjadikan Temasyah berkenaan.
00:30Beliau menegaskan bahawa SUGMA bukan sekadar medan memburu pingat, sebaliknya platform penting untuk mencungkil bakat serta melahirkan generasi atlet masa
00:39depan negara.
00:39Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Eliza Tan Aishan dari Selangor dan Chiah Zen Hong dari Pahang yang masing-masing dinobatkan
00:47sebagai atlet wanita terbaik dan atlet lelaki terbaik SUGMA 2026.
00:52Beliau turut menyifatkan kejayaan Selangor muncul juara keseluruhan SUGMA 2026 sebagai pencapaian yang membanggakan buat negeri itu rumah.
01:00Dalam hari itu, Perdana Menteri menjunjung kasih atas keberangkatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Syarafuddin Idris Shah ke
01:08Majlis Penutupan SUGMA edisi ke-22 malam tadi.
01:11Menerusi hantaran sama, Anwar turut mengimbau sejarah penubuhan SUGMA yang dicetuskan ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada
01:19tahun 1983.
Comments