00:00Beberapa kawasan di negara ini termasuk Putrajaya yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan dijangka berdepan dengan cuaca berjerubu dan
00:08jarak penglihatan yang terhad sehingga 31 Ogos ini.
00:12Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia berkata, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, keadaan itu dipengaruhi angin barat daya serta jumlah titik panas
00:21yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.
00:26Ketua pengarahnya Dr. Muhammad Hisham Muhammad Anik berkata, ramalan model kepekatan jerebu MyCMAC menunjukkan Sarawak berpotensi menjadi kawasan paling terkesan
00:35dengan kebanyakan daerah dijangka mengalami jerebu pada tahap tidak sihat.
00:39Malah beberapa daerah di negeri itu berpotensi mencatatkan tahap sangat tidak sihat pada 30 dan 31 Ogos.
00:46Menurut beliau, keadaan berjerebu turut dijangka melanda Sabah mulai Sabtu, manakala kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Johor, Melaka,
00:56Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 31 Ogos.
01:01MedMalaysia berkata pihaknya sedang memantau perkembangan cuaca dan keadaan atmosfera secara berterusan serta akan mengemaskini ramalan dari semasa ke semasa.
01:10Perkembangan itu menambah perhatian terhadap penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang dijadual berlangsung di Putrajaya pada ahad ini.
01:18Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengubah skala atau lokasi sambutan sekiranya keadaan jerebu menimbulkan risiko terhadap keselamatan
01:28dan kesihatan orang ramai.