00:00Seramai 2,354 anggota dan pegawai Polis Raja Malaysia PDRM ditugaskan menjaga keselamatan dan kelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2026 di
00:10Dataran Putrajaya pada Isnin.
00:12Ketua Polis Daerah Putrajaya ID Syam Mohamad berkata penugasan itu meliputi kawalan keselamatan dan pengurusan lalu lintas di lokasi strategik
00:20sepanjang penganjuran acara.
00:24Beliau menasihati orang ramai agar hadir awal ke Dataran Putrajaya dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa.
00:31Pengunjung juga diminta tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan, menghalang lalu lintas serta sentiasa menjaga keselamatan diri, anak-anak dan
00:40harta benda.
00:41ID Syam turut mengingatkan orang ramai agar tidak membawa sebarang senjata berbahaya ketika menghadiri sambutan berkenaan.
00:48Beliau berkata demikian selepas menghadiri raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fazil.
00:58Fahmi sebelum ini mengesahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan diadakan seperti biasa meskipun negara berdepan fenomena jerebu pada ketika ini.
01:07Bertemakan Malaysia Madani Kesejahteraan dinikmati sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dijangka menarik kehadiran lebih 80,000 pengunjung.