Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers, Joey atau Johari Mat Rozekhi meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran media sosial isterinya selepas penyanyi itu dilaporkan rebah sejurus selesai membuat persembahan di Istana Budaya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Industri muzik tanah air kehilangan seorang lagi bakat seni apabila vokalis kumpulan bumi putera rockers BPR, Juhari Mat Rozekri, atau
00:09lebih dikenali sebagai Joey, meninggal dunia.
00:13Allahyarham berusia 33 tahun.
00:15Menurut antaran yang dimuat naik istrinya, Zarina Zainal, di media sosial, Allahyarham mengembuskan nafas terakhir pada jam 8.11 pagi
00:23di Hospital Kuala Lumpur.
00:25Sebelum itu, Joey dilaporkan sempat membuat persembahan di Laman Santai Istana Budaya pada Jumat malam.
00:33Allahyarham menyampaikan dua buah lagu sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
00:38Pemeriksaan doktor mendapati beliau mengalami pendarahan selain komplikasi saluran jantung tersumbat.
00:45Pembergian Joey disifatkan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air, khususnya dalam kalangan peminat rock era 1980-an dan
00:551990-an.
00:56Allahyarham dikenali menerusi suara unik dan persembahan bertenaga yang menjadikan BPR antara kumpulan rock paling popular pada zamannya.
01:05antara lagu popular BPR termasuk Seribu Tahun Takkan Mungkin, Harum Subur di Hati dan Dari Sinar Mata.

Recommended