00:00Ribuan pengguna di Amerika Syarikat berdepan gangguan akses kepada perkhidmatan Microsoft 365 Outlook dan Teams pada Khamis.
00:07Menurut laman pemantau gangguan perkhidmatan Down Detector, lebih 97,000 laporan masalah akses Outlook direkodkan pada jam 2.07 petang
00:16waktu timur Amerika Syarikat.
00:20Laman itu turut menerima lebih 38,000 laporan berkaitan Microsoft 365 dan kira-kira 4,500 laporan masalah akses Teams.
00:31Microsoft dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan gangguan berkenaan.
00:38Antara langkah diambil termasuk menghentikan sementara semua pelaksanaan sistem mengalihkan trafik daripada infrastruktur terjejas serta memulakan semula pelayan yang mengalami
00:48masalah.
00:49Gangguan itu turut menjejaskan sambungan perkhidmatan yang digunakan oleh platform kecerdasan buatan AI, OpenAI dan Entropy.
00:57OpenAI memaklumkan pihaknya sedang menyiasat masalah pada sambungan Microsoft yang menyebabkan sambungan baru gagal dibuat dan beberapa fungsi tidak beroperasi
01:06seperti biasa.
01:06Sementara itu, Entropy mengesahkan masalah berpunca daripada penyedia perkhidmatan luar yang menjejaskan sambungan Microsoft 365.