00:00Malaysia telah memohon kebenaran kerajaan Nepal untuk mengatur gerak pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia SMART bagi membantu operasi mencari
00:09dan menyelamat SAR, susulan bencana banjir di negara itu.
00:14Perkara berkenaan disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Muhammad Hassan dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Nepal, Shisir Kanal pada
00:23Isnin.
00:23Jelasnya perbincangan tertumpu kepada perkembangan terkini operasi SAR, terutama usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.
00:33Beliau turut merakamkan perhargaan kepada kerajaan Nepal atas bantuan dan kerjasama yang diberi kepada Kedutaan Besar Malaysia di Katmandu dalam
00:42menghadapi situasi ini.
00:44Menurut Kementerian Luar, seramai 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan insiden itu yang berlaku 26 Ogos lalu.
Comments