00:00Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat kegiatan mencuri kabel selepas kenderaan dinaikinya cuba melalihkan diri daripada pemeriksaan di sekitar
00:09Sri Petaling pada Isnin.
00:10Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Fadil Marsus berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika anggota polis trafik lebuh
00:18raya kesas Bukit Aman sedang melakukan rondaan sebelum mengesan sebuah kenderaan Ford Ranger berwarna hijau dalam keadaan mencurigakan.
00:30Anggota polis kemudian memberikan isyarat supaya pemandu memperhentikan kenderaan berkenaan namun lelaki itu terus memecut sebelum satu das tembakan dilepaskan
00:38ke arah tayarnya.
00:40Usaha mengejar kenderaan berkenaan dipercayai berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan itu berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai
00:47Besi.
00:48Pemandu bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum lima das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan
00:54kenderaan tersebut.
00:55Susulan itu polis menahan seorang penumpang kenderaan berusia 29 tahun manakala pemandu terbabit melarikan diri.
01:03Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai barang dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain kabel yang dipercayai telah dicuri.
01:10Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai 37 rekod jenayah lampau dan dikesan sebagai orang dikehendaki.
01:17Polis katanya giat mengesan seorang lagi lelaki yang melatihkan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 427 dan Seksyen
01:25379 Kanun Keseksaan
01:27serta Seksyen 42 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.