00:00Program Makanan Sedunia WFP memberi amaran bahawa bantuan kepada rakyat Palestine berisiko berkurangan, susulan kekangan dana yang semakin meruncing.
00:09Menurut pengarah WFP bagi Palestine, Sean Hughes, mulai bulan ini agensi itu hanya mampu menyalurkan bantuan kepada separuh daripada penduduk
00:18yang memerlukannya.
00:21Hughes berkata jumlah penerima bantuan WFP di wilayah Palestine meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
00:29Beliau menyatakan keganasan peneroka operasi ketenteraan sekatan pergerakan dan pemusnah kediaman menjadi faktor utama yang menyumbang kepada krisis berkenaan.
00:38Menurut Hughes, ramai rakyat Palestine yang sebelum ini mampu menyara kehidupan sendiri kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan makanan.
00:45Beliau terus menyifatkan keadaan di Gaza sebagai kejam dan tidak menentu.
00:49Dalam pada itu, Hughes berkata kehadiran tentera Israel menyukarkan penduduk untuk mengakses kawasan pertanian yang menjadi sumber pendapatan mereka.
00:57Kedai roti pula berdepan kekurangan diesel dan alat ganti yang diperlukan untuk beroperasi.
01:03Sementara itu, Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO bagi wilayah Palestine, Reinhil Van Der Weed memberi amaran mengenai risiko kesihatan awam
01:10yang semakin serius.
01:12Beliau berkata timbunan sampah dan sistem kumbahan yang terjejas meningkatkan risiko penyakit dengan kes cirit-birit hampir dua kali ganda
01:19berbanding awal tahun lalu.