Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika ratusan rumah serta bangunan musnah akibat tanah runtuh besar. Kerajaan Nepal mengaktifkan status zon krisis bencana bagi mempercepat usaha pemulihan.
Transcript
00:00Angka korban maut akibat tanah runtuh di utara Nepal pada 26 Ogos lalu meningkat kepada 1,093 orang setakat jam
00:088 malam selasa waktu tempatan.
00:11Angka terbaru itu dikeluarkan oleh polis Nepal ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan.
00:19Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan kawasan terjejas sebagai zon krisis bencana sekurang-kurangnya tiga bulan bagi memudahkan penyaluran sumber memperkukuh pengurusan
00:28anggota serta mempercepatkan usaha pemulihan selepas bencana.
00:31Rakaman dari udara menunjukkan beberapa kampung dan pekan di kawasan berkenaan musnah akibat tanah runtuh dengan sejumlah kenderaan transit dan
00:38bangunan tertimbus jauh di dalam lumpur.
00:40Menurut anggaran awal, kira-kira 250 hingga 300 bangunan kediaman di Syabru Besi musnah akibat tanah runtuh itu.
00:48Sementara itu, di Betrawati yang terletak kira-kira 40km dari pintu sempadan, sekitar 300 rumah turut mengalami kerusakan.
00:56Pasukan penyelamat kini meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hilang serta menilai tahap kemusnahan di kawasan terjejas.

Recommended